February 4, 2018 2:05 pm
OLEH SYAZWANI SUFIAN
Selangorkini
SHAH ALAM, 4 FEB: Sebanyak 30 taman perumahan melaksanakan sistem kawalan berpagar tanpa kebenaran Majlis Perbandaran Ampang Jaya(MPAJ).
Yang Dipertuannya, Abd Hamid Hussain berkata, hanya 20 daripada 50 taman perumahan sahaja sudah mendapatkan kelulusan manakala selebihnya dilaksanakan secara haram.
“Memang kita menerima banyak permohonan daripada persatuan penduduk untuk mewujudkan sistem kawalan secara berpagar dan berpengawal, namun permohonan mereka tidak diluluskan kerana tidak menepati syarat ditetapkan."
“Mengikut garis panduan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Lembaga Perumahan dan Hartanah, semua penduduk perlu bersetuju untuk mewujudkan sistem itu,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat MPAJ baru-baru ini.
Hamid berkata, untuk mewujudkan sistem kawalan tersebut, pembangunan perumahan perlu mempunyai kawasan seluas lebih daripada tiga ekar.
“Ia adalah piawaian yang telah ditetapkan KPKT."
“Jika pembangunan perumahan seluas satu ekar mahu mewujudkan sistem itu, mereka perlu membayar yuran yang mahal kerana jumlah rumah yang sikit,” katanya.
Tambah Hamid lagi, pelaksanaan sistem itu juga perlu mengambil kira banyak faktor lain antaranya tidak menghalang perjalanan penduduk di kawasan lain kerana terdapat juga beberapa perumahan yang jalannya dikongsi.
Selain itu, untuk melaksanakan sistem tutup laluan (boom gates) ke perumahan, mereka hanya boleh tutup dari jam 12 malam hingga 6 pagi sahaja.
-----<<<>>>-----
Kpd Semua Penduduk Bdr Bkt Raja Yg Dihormati,
Sekarang ni terdapat banyak skim kawalan yang dilaksanakan oleh pihak RA di taman-taman perumahan kononnya untuk keselamatan penduduk. Tetapi kebanyakannya dilaksanakan secara haram oleh pihak RA yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan.
Jadi sila semak dengan PBT anda samada sistem kawalan berpagar yang dilaksanakan di taman perumahan anda mempunyai kelulusan yang sah ataupun dilaksanakan secara haram? Sila pastikan Persatuan Penduduk (RA) anda mengikuti semua garis panduan dan menepati syarat ditetapkan.
Sila pastikan Persatuan Penduduk (RA) anda dapat menepati semua syarat ditetapkan seperti yang tertera dalam Manual Garis Panduan Komuniti Berpagar & Komuniti Berpengawal Majlis Perbandaran Klang.
Nanti, jangan korang berkata "penghuni yang tak bayar adalah seperti parasit" ... sebab padahal pihak RA yang melaksanakan sistem kawalan berpagar yang tidak menepati syarat ditetapkan adalah "seperti tumor kanser yang paling besar"!
Pihak RA dan pengawal kena beradap bukan biadap! Pastu, jangan berlagak macam samseng. Jangan jadi buta atau bodoh. Kalau dah ade manual garis panduan MPK, tolong baca dengan teliti. Ikuti semua syarat ditetapkan. Jangan korang buat sesuka hati. Jangan menghalang penghuni di sini dan jangan menyusahkan orang.
Seperti yang dinyatakan dalam manual garis panduan MPK, pengawal keselamatan tidak dibenarkan menghalang kenderaan keluar/masuk ke kawasan berkenaan dan penghuni yang tidak menyertai skim ini tidak boleh dihalang sama sekali memasuki kediaman mereka pada bila-bila masa. Penggunaan kad akses automatik juga dilarang sama sekali.
(Siapa tak tahu ... niat RA melaksanakan kad akses automatik supaya senang untuk mereka mengawal penghuni yang tak bayar setiap bulan - siapa tak bayar, kad mereka akan disekat). Penggunaan pelekat kereta (car sticker) sudah tidak berkesan sebab penghuni cuma bayar sekali sahaja. Pastu, susah untuk mereka mengawal siapa yang tak bayar setiap bulan. Inilah cara mereka beroperasi.
Penggunaan kad akses automatik adalah dilarang sama sekali kecuali kalau dapat 100% persetujuan penduduk. Tetapi persetujuan penduduk di sini sekarang tak sampai separuh pun. (Tandatangan persetujuan penduduk 100% yang diperlukan hanya boleh dicapai di pembangunan baru komuniti berpagar yang berhakmilik strata sahaja, melalui Surat Akujanji di antara pemaju dan penduduk semasa pembelian hartanah.)
Sila pastikan pengawal keselamatan yang bertugas berlesen, serta mempunyai pakaian seragam dan lencana yang diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Pastikan pihak bertanggungjawab menepati semua syarat ditetapkan di bawah Seksyen 3 Akta No. 27/71 - Pengambilan Pengawal. Mereka juga mestilah mendapat kelulusan tapisan keselamatan dari Polis dan lulus ujian air kencing.
Walaupun kononnya pihak RA ingin melaksanakan sistem kawalan berpagar demi "keselamatan penduduk", ini bukanlah cara yang betul dan terbukti tidak berkesan. Ia melanggari banyak undang-undang sediada. Ia tidak mampu menyelesaikan sebarang masalah keselamatan penduduk malahan ia telah menimbulkan pelbagai masalah kepada komuniti setempat dan penduduk sekitar. Adalah lebih baik kalau kita serahkan tanggung jawab keselamatan penduduk kepada pihak berkuasa.
Zaman dah berubah. Jangan menyusahkan orang. Jangan menyusahkan orang yang terpaksa mencari rezeki bekerja sebagai pemandu e-hailing seperti 'Grab'. Sekarang ramai yang terpaksa bekerja sebagai pekerja penghantaran dan sebagainya. Memang menyusahkan dan leceh kalau mereka terpaksa membuang masa untuk mendaftar setiap kali mereka hendak menghantar barang atau menjemput pelanggan.
Lagipun, sekarang terdapat banyak tadika dan taska yang beroperasi di taman perumahan. Adakah setiap ibubapa yang menghantar anak mereka ke tadika/ taska di sini diwajibkan untuk mendaftar setiap kali mereka keluar/masuk? Kalau tidak, takanlah kita sebagai penghuni di sini kena mendaftar untuk keluar/masuk?
Adalah sukar untuk dikawal kalau terdapat ramai orang yang terpaksa keluar masuk ke sesuatu taman perumahan. Siapa tak bengang ... nak balik rumah pun dihalang pihak lain. Setiap kali nak balik ke rumah sendiri pun kena berhenti dan mendaftar. Lepas tu kena beri maklumat peribadi kepada orang lain pulak. Pihak RA kena faham ... taman perumahan ini bukan miliknya.
Anda pun akan marah kalau anda terpaksa memberi data peribadi anda semasa mendaftar masuk ke taman perumahan lain semasa menziarahi sahabat atau keluarga anda.
Sekarang data peribadi anda adalah sangat penting dan sulit dan tidak boleh diberi begitu sahaja. (Penting: Akta Perlindungan Data Peribadi 2010). Apatah lagi kepada orang yang tak dikenali! Pak guard pun tak boleh dipercayai dan kita kena berhati-hati kalau tak nak susah nanti.
Ade banyak cara lain yang lebih baik untuk meningkatkan tahap keselamatan kita. Janganlah kita rabun dan dipengaruhi dalam perkara ini. Keselamatan keluarga kita bukanlah perkara yang remeh.
Skim berpagar atau sistem kawalan berpagar yang haram tidak akan membantu kita semua meningkatkan tahap keselamatan ataupun tahap kesedaran/ keprihatinan keselamatan kita. Janganlah kita terikut-ikut dan diperdaya oleh pihak RA yang bukan pakar dalam hal keselamatan ini.
Ramai pakar perunding keselamatan yang bertauliah dan berpengalaman dari negara maju telahpun memberi pendapat mereka bahawa tanggapan "perumahan yang mempunyai sistem kawalan berpagar dan berpengawal lebih selamat" adalah TIDAK BENAR sekali. Ia tidak menunjukkan peningkatan tahap keselamatan sesebuah taman perumahan itu oleh sebab terdapat banyak faktor yang lain.
Tambah mereka, cuma S.O.P. dan tahap keselamatan yang diamalkan seperti di Penjara dan di Markas Angkatan Tentera sahajalah yang mempunyai tahap keselamatan yang cukup baik dan tidak mudah dibolosi. (Tahap keselamatan yang diamalkan seperti di penjara tidak mungkin dapat dilaksanakan di sini ataupun di mana-mana taman perumahan pun).
Tambah lagi mereka, semua SOP mesti dipatuhi setiap masa tak kira pelawat itu saudara mara chairman persatuan penduduk atau ahli jawatankuasa RA ... kalau nak masuk mesti berdaftar setiap kali tanpa sebarang kelonggaran. (Terdapat banyak kes-kes melibatkan saudara-mara ataupun sahabat kenalan ahli-ahli jawatankuasa yang dibenarkan keluar/masuk tanpa perlu mendaftar).
Kita tidak boleh bergantung kepada sistem kawalan berpagar untuk menjaga keselamatan kita. Ia tidak mampu melindungi kita pada setiap masa. Adalah munasabah kalau kita menganggap ianya tidak boleh diharap atau dipercayai langsung sebab terdapat juga kes-kes "Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi". Ade juga kedengaran kisah "Orang Minyak" yang pecah rumah curi kasut dan barangan berharga waktu kita tidur paling nyenyak.
So macamana? Banyak soalan dan keraguan. Kalau ade kejadian yang tidak diingini berlaku, siapa yang patut kita panggil ... pihak Polis atau pengawal keselamatan? Nak lapor kepada pihak polis atau lapor kepada chairman persatuan penduduk? Pastu, kalau ade kecurian berlaku yang mengakibatkan kerugian besar, ade jaminan bayaran ganti rugi tak? Kalau takde, buat apa bayar yuran bulanan untuk sistem kawalan berpagar? Tak masuk akal.
Jangan biarkan otak kita "otak tak center" dalam hal ini. Kita mestilah mempunyai pemikiran kritikal. Mungkinkah sistem kawalan berpagar haram ini dilaksanakan dengan begitu giat sekali (walaupun di tanah pegangan hakmilik individu) sekadar untuk mengaut keuntungan? So, jangan terikut-ikut atau ditipu.
Nampaknya ramai yang tidak berwaspada atau mengendahkan langsung keselamatan mereka semasa berada di rumah. Kalau pintu dan tingkap di rumah anda dibiarkan terbuka begitu sahaja tanpa berjaga-jaga atau waspada, bagaimana kita boleh menaikkan tahap kesedaran keselamatan kita?
Ada orang yang membiarkan pintu besar mereka terbuka untuk masa yang lama tanpa peduli. Ada yang tak sedar pintu mereka terbuka. Ada yang lupa langsung untuk tutup dan kunci pintu semula. Mereka ni macam tak mengendahkan keselamatan atau tak peduli langsung. Jadi, patutkah semua penduduk di sini kena bayar yuran "skim kawalan keselamatan" untuk segelintir penduduk yang tidak pedulikan keselamatan diri mereka?
Kita mesti mengatasi kebuntuan atau pemikiran yang terbantut. Kita sendiri kena mengamalkan sikap keprihatinan keselamatan yang tinggi pada setiap masa. Bukan sahaja di rumah tetapi pada bila-bila masa saja di mana anda jua berada. Kita pasti semua ibubapa pun mahu anak-anak mereka belajar menjadi insan yang berdikari dan tahu menjaga keselamatan diri.
Sikap kita terhadap keselamatan lah yang paling penting dan kita kena berubah cara pemikiran kita. Jangan asyik teringatkan skim keselamatan berpagar sahaja - ia tidak berguna kalau sikap kita tidak berubah.
Kuncilah pintu dan gunakan mangga. Pasang gril besi. Saling berkomunikasi dengan jiran anda dan sentiasa berwaspada kepada persekitaran anda. Tolong jenguk untuk jiran kamu kalau ada orang yang berkeliaran yang mencurigakan.
Kalau rumah anda dibekalkan dengan alat penggera, tolong aktifkan bila nak keluar. Pastikan semua pintu dan tingkap dikunci dengan baik kalau nak keluar. Gunakan semua sumber yang ada. Seperti kita kena ‘berhati-hati di jalanraya’, kita pun kena ‘berhati-hati di rumah’.
Adakah anda memastikan kereta kesayangan anda ditutup semua tingkapnya dan dikunci dengan baik sebelum beredar? Samalah dengan rumah kita. Benda seperti Kunci, Mangga, Gril Besi, Alat Penggera dan CCTV di rumah anda adalah seperti ciri keselamatan 'ABS', 'Airbag', 'Tali Keledar', dan Immobilizer pada kereta anda. ("Budak jaga kereta" tak pakai oke).
Inilah nasihat yang juga diberi oleh pihak polis. Cukuplah, biar tanggungjawab keselamatan serta kepercayaan ini diserahkan kembali kepada pihak berkuasa dan bukan kepada pihak RA lagi.
Tiada pihak RA yang mampu menangani masalah keselamatan di mana-mana taman perumahan pun. Jadi jangan biarkan mereka bermaharajalela kononnya untuk ‘keselamatan’. Jangan sekali membiarkan segelintir penduduk membuat keputusan untuk semua di sini. Mereka kena ingat taman perumahan ini bukan miliknya dan mereka tidak boleh buat sesuka hati.
Untuk maklumat anda, semua penghuni di BBR rumah teres 2 tingkat sebenarnya tidak diwajibkan bayar yuran bulanan kepada RA mereka sebab kawasan perumahan di sini tidak tertakluk kepada peruntukan perundangan hakmilik strata dan tidak diwartakan sebagai komuniti berpagar!
Dahulu apabila pihak pemaju Sime Darby Property baru sahaja menyiapkan sesuatu fasa perumahan, mereka terpaksa mengambil pengawal keselamatan untuk menjaga rumah baru mereka sebab waktu itu masih tiada penghuni. Tetapi, selepas semua kunci rumah telah diserahkan kepada pemilik baru dan setelah diduduki dengan ramai penghuni, perkhidmatan pengawal keselamatan tidak lagi diperlukan.
Malangnya setengah pihak yang mempunyai agenda tersendiri telah mengambil kesempatan untuk melaksanakan skim berpagar mereka melalui persatuan penduduk (RA) selepas tamat tempoh waranti pihak pemaju. Skim Rondaan Sukarela Rukun Tetangga (RT) tidak dilaksanakan sebab skim ini tidak melibatkan yuran bulanan dan tidak memberi peluang kepada mereka untuk mengaut keuntungan.
Takanlah semua taman perumahan yang tidak mempunyai skim kawalan adalah tidak selamat? Keselamatan penduduk boleh juga ditingkatkan melalui skim Rukun Tetangga. Kalau taman perumahan lain boleh melaksanakan skim Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dengan begitu berjaya, mengapa kita nak melaksanakan skim komuniti berpagar pulak?
Sesiapa yang rasa bayaran "yuran bulanan perlindungan" ini sia-sia sahaja dan membebankan, kini mereka tahu yang mereka tak perlu bayar lagi. Sebab ramai yang tidak tahu dan telah diperdaya. Yuran ini juga jauh lebih mahal daripada 'Cukai Taksiran' dan 'Cukai Hasil Tanah' yang kita bayar kepada Majlis Perbandaran kita.
Keuntungan yang diperolehi oleh RA yang beroperasi dalam fasa yang mempunyai katakanlah 300 buah rumah dengan yuran RM80 sebulan adalah dianggarkan sebanyak RM20,000 sebulan selepas tolak bayaran gaji kepada 2 orang pengawal berjumlah RM4,000 sebulan.) Dan mereka ini tidak bayar cukai 1 sen pun kepada kerajaan!
Cuba fikirkan… keuntungan setahun berapa? Lepas tu, jumlah taman perumahan yang ada di seluruh negeri Selangor berapa? Sebenarnya ia melibatkan jumlah wang yang amat besar dan ia merupakan satu industri lumayan kepada pihak-pihak tertentu. Terdapat juga banyak permintaan penghuni di sini untuk pihak berkuasa serta R.O.S. untuk menyiasat dan audit kegiatan pihak persatuan penduduk yang tidak menepati syarat ditetapkan.
Terdapat juga RA yang beretika seperti Persatuan Penduduk Bandar Botanic (BBRA) di Klang Selatan, yang cuma mengenakan bayaran yuran bulanan RM2 untuk skim kawalan mereka. (Yuran pendaftaran satu kali adalah RM20). Namun ia gagal juga sebab tak ramai penduduk yang mahu menyokong skim sebegini.
Pihak RA tidak boleh paksa atau memberi tekanan kepada sesiapa pun untuk menyertai skim mereka. Kepada penghuni yang nak bayar juga, terpulanglah kepada mereka. Cuma, pastikan resit sah diberi untuk setiap bayaran dan akaun mereka diaudit setiap tahun.
Untuk maklumat anda, satu set canggih CCTV litar tertutup dengan 4 kamera yang boleh dihubungkan dengan telefon bimbit pintar anda cuma berharga dalam lingkungan RM500 sahaja (boleh dibeli di 'Lazada' atau 'Shopee'), iaitu jauh lebih murah, efektif dan berbaloi daripada membayar yuran kepada RA kamu sekarang. Lebih baik pasang CCTV kak rumah sendiri.
(Dengan yuran hampir RM1,000 setahun, bermakna kamu terpaksa bayar hampir RM10,000 kepada RA untuk tempoh 10 tahun - adoi sakitnya!)
Semua rumah teres 2-tingkat yang dibangunkan pemaju Sime Darby Property di BBR Klang Utara adalah jenis "hakmilik individu" dan bukannya hakmilik strata. Jadi mengapa semua RA di BBR nak jadikan seluruh kawasan perumahan di sini seperti hartanah berhakmilik strata? Mungkinkah ade udang di sebalik batu?
Kalau suka sangat tinggal di hartanah berhakmilik strata, pindah sajalah ke komuniti berpagar 'GnG' yang diwartakan seperti 'Eco Ardence' atau 'Eco Park'. Kalau sesiapa yang rasa tidak selamat duduk di sini tanpa skim komuniti berpagar, sila pindah ke taman perumahan GnG yang diwartakan seperti 'Eco Park' atau 'Eco Ardence'. Sebab kalau kita nak duduk dalam komuniti berpagar yang betul, kita dah beli rumah dekat "Eco Park" atau "Eco Ardence" dan bukan di sini.
Dan jikalau tak mampu tinggal di taman perumahan ekslusif berpagar sah 'GnG', tolong jangan cuba melaksanakannya di sini. (Kalau kita sekadar mampu kereta biasa, jangan kita berlagak macam kereta mewah McLaren).
Kepada 'Datuk-Datuk' ataupun 'Tan Sri-Tan Sri' yang tidak selesa duduk di sini tanpa skim berpagar (yang inginkan skim berpagar) yang takut duit, harta dan jongkong emas mereka dicuri, tolonglah pindah ke sana dan jangan menyusahkan orang lain! Bukan semua orang yang duduk di sini kaya seperti kamu!
Jangan kamu cuba tukarkan status tanah kita kepada hakmilik strata. Cuma penghuni yang tinggal di hartanah berhakmilik strata tiada pilihan selain daripada membayar yuran bulanan yang diwajibkan seperti dalam peruntukan perundangan akta strata. Sekarang ialah zaman untuk merendahkan kos sara hidup dan bukan sebaliknya.
Skim komuniti berpagar (gated community) atau secara ringkas 'GC' sebenarnya tidak dibenarkan di pembangunan berhakmilik individu. Skim komuniti berpagar hanya dibenarkan di pembangunan tanah berhakmilik strata sahaja.
Untuk taman perumahan berstatus hakmilik individu (seperti di BBR), hanya skim komuniti berpengawal (guarded neighbourhood) atau secara ringkas 'GN' dibenarkan selepas mendapatkan kelulusan daripada semua pihak PBT (termasuk daripada ketua polis daerah PDRM, Majlis Perbandaran Klang, dan lain-lain lagi).
Ini bermaksud skim komuniti berpagar yang dilaksanakan di sini tidak sah dan tidak dibenarkan. Justeru itu semua skim komuniti berpagar di BBR (samada menggunakan kad akses automatik ataupun tidak) adalah salah di sisi undang-undang.
Jikalau persatuan penduduk RA di sini ingin juga melaksanakan skim komuniti berpagar dengan penggunaan kad akses automatik, maka mereka hendaklah memohon untuk menukarkan status hakmilik tanah kita daripada jenis individu kepada hakmilik strata.
Ini bermaksud jikalau status tanah kita sudah bertukar kepada jenis hakmilik strata, semua kemudahan dan kerja penyelenggaraan (seperti kutipan sampah, penyelenggaran jalan-jalan, longkang-longkang, lampu jalanan dan kerja-kerja landscaping seperti potong rumput dan sebagainya) tidak akan lagi diuruskan oleh majlis perbandaran MPKLANG.
Tanggungjawab ini akan dilepaskan oleh MPKLANG kepada persatuan penduduk RA untuk diuruskan secara swasta. Semua penduduk tidak akan menikmati kemudahan ini lagi dan terpaksa membayar untuk menguruskan secara swasta.
[Syarat ketat yang ditetapkan oleh semua pihak majlis perbandaran di Selangor ialah untuk melindungi dan menjaga hak semua penghuni. Ia juga perlu bagi mencegah kegiatan yang tidak sihat seperti pihak-pihak tertentu atau sindiket yang cuba mengambil kesempatan untuk melaksanakan skim-skim GnG haram mereka. Kita semua mestilah menghormati majlis perbandaran kita.]
Di dalam manual garispanduan MPKLANG (seperti yang disertakan), banyak syarat, keperluan dan perundangan serta akta-akta mengenai komuniti berpagar dan komuniti berpengawal telahpun dijelaskan dengan terperinci dan jelas.
Hampir kesemua Persatuan Penduduk (RA) yang beroperasi di BBR sebenarnya mempunyai agenda tersendiri dan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan daripada penghuni yang kurang faham atau mengambil tahu tentang hal-hal ini.
Ini merupakan satu bentuk scam kerana ia cukup mudah untuk mereka menjanakan kekayaan atas nama keselamatan penduduk dengan cara membekalkan pengawal keselamatan persendirian mereka. Terdapat juga laporan-laporan akhbar yang menyatakan bahawa sesetengah pihak RA disyaki didalangi dan dipengaruhi oleh sindiket-sindiket tertentu untuk melaksanakan skim GnG mereka.
Terdapat banyak persoalan yang timbul mengenai operasi skim komuniti berpagar RA di BBR sebab banyak peruntukan akta, perundangan dan garis panduan tidak diikuti sama sekali. (Sila rujuk kepada lampiran yang tertera - sumber daripada MPKlang).
Malahan ia melanggari banyak undang-undang sediada, garis panduan ataupun syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran Klang (MPK), Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), JPBD KPKT, dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Walaupun seluruh kawasan perumahan di sini bukan jenis hakmilik strata, tapi skim komuniti berpagar ini masih berleluasa dan ia telah dilaksanakan dengan begitu giat sekali oleh RA tanpa mengendahkan pihak berkuasa tempatan PBT dan undang-undang.
Mereka juga berjaya memperdayakan penghuni untuk menyertai skim haram mereka. Ada juga penduduk yang disusahkan oleh pengawal kerana tidak mempunyai kad akses. Ini ialah cara mereka beroperasi walaupun pihak PBT telah memberi garis panduan dan amaran bahawa skim ini tidak boleh ada sebarang unsur paksaan ataupun tekanan.
Persatuan Penduduk (RA) yang tidak mengamalkan pematuhan kepada undang-undang ('compliance of law') adalah tidak bertanggungjawab dan semua penghuni di BBR tidak patut memberi sokongan kepada mereka lagi.
Semakin ramai penghuni kini sedar bahawa skim-skim berpagar atau berpengawal (di taman-taman perumahan bukan berhakmilik strata) ini sekadar skim untuk mengaut keuntungan sahaja, tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa.
Tolonglah, selagi penghuni di sini sanggup membayar dan menyokong skim ini, pihak MPKLANG tidak akan dapat bertindak. Asalkan penghuni tidak membuat aduan, pihak MPKLANG akan membiarkan sahaja. Tetapi masanya sudah tiba untuk kita (penghuni BBR) bangkit dan tidak lagi menyokong operasi RA di kawasan kita.
Skim komuniti berpagar semakin tidak mendapat sambutan sebab ia adalah satu bentuk 'liabiliti' kepada pemilik rumah. Nilai hartanah skim berpagar semakin menurun sebab susah hendak dijual sejak kebelakangan ini dan semakin kurang permintaannya.
Ekonomi pada masa kini kurang baik. Harga rumah masih tinggi dan ramai masih tidak mampu beli walaupun harga hartanah sedang jatuh. Lagipun, zaman dah berubah.
Kini ramai yang menjual rumah "gated & guarded" mereka (seperti di 'Eco Park') dan berpindah ke taman perumahan yang tidak mempunyai skim komuniti berpagar untuk membantu merendahkan kos sara hidup mereka.
Ada juga diantara mereka yang jual rumah "GnG" mereka di bandar dan balik kampung ke Pulau Pinang untuk bersara di desa demi kos sara hidup yang lebih rendah.
Ada juga pesara yang menjual rumah mereka di komuniti berpagar (di Eco Park) untuk membantu anak-anak mereka dengan wang pendahuluan untuk memiliki rumah masing-masing, dan pada masa yang sama bersara dan mengurangkan kos sara hidup.
Kewujudan skim GC dan skim GN boleh memberi implikasi negatif kepada pengasingan kelompok masyarakat dan pemupukan interaksi sosial penduduk khususnya di antara penghuni yang tinggal di kawasan berpagar dengan penghuni yang tinggal di kawasan kediaman biasa.
Pada masa yang sama, ia juga mengasingkan kelompok penghuni yang tinggal di satu taman perumahan berpagar dengan taman-taman perumahan berpagar yang bersebelahan dan berdekatan.
Perpaduan masyarakat akan terjejas jikalau skim-skim ini dibenarkan terus berleluasa. Sekiranya semua orang dibenarkan mengambil tindakan sesuka hati untuk melaksanakan skim berpagar yang tidak menepati syarat ditetapkan, perpaduan negara dan semangat "1Malaysia" boleh dilupakan sahaja. Lebih baik kalau kita wujudkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang lebih berharmoni.
Kalau betul nak meningkatkan keselamatan dan perpaduan masyarakat, tubuhkan Rukun Tetangga (RT) dan bukan RA. Terdapat banyak KRT (Kawasan Rukun Tetangga) yang berjaya di Selangor.
Kalau kita hendak memupuk perpaduan masyarakat, adalah lebih baik kalau kita menubuhkan Rukun Tetangga di sini. (Sila lihat contoh RT di USJ2 dan di sekitar USJ). Skim RT mereka begitu berjaya.
Pihak RT (Rukun Tetangga) juga telah berjaya menganjur banyak sesi rondaan bersama Polis PDRM dan sesi mesra bersama ADUN mereka. Rukun Tetangga seperti ini adalah jauh lebih baik daripada RA yang sediada di sini. Sekian, terimakasih.
*Terimakasih dgn penghargaan kpd MPKlang