Persetujuan penduduk 100% diwajibkan

Keratan Suratkhabar:



Mana ada persetujuan penduduk 100% di BBR? Ini cuma boleh dicapai di pembangunan GnG berhakmilik strata melalui Surat Aku Janji sahaja (Persetujuan di sini tak sampai 50% pun)!

Sila maklum ... semua rumah teres 2-tingkat yang dibangunkan pemaju Sime Darby Property di BBR sini adalah jenis hakmilik individu dan bukannya hakmilik strata.

Skim komuniti berpagar sebenarnya tidak dibenarkan di pembangunan berhakmilik individu. Skim komuniti berpagar hanya dibenarkan di pembangunan baru berhakmilik strata sahaja.

Ini bermaksud skim komuniti berpagar yang dilaksanakan di sini adalah tidak dibenarkan. Justeru itu semua skim komuniti berpagar di BBR yang menggunakan kad akses automatik adalah salah di sisi undang-undang.

Penggunaan kad akses automatik adalah dilarang sama sekali kecuali mendapat 100% persetujuan penduduk. (Tandatangan persetujuan penduduk 100% yang diperlukan hanya boleh dicapai di pembangunan baru komuniti berpagar yang berhakmilik strata sahaja, melalui Surat Akujanji di antara pemaju dan penduduk.)

Jikalau persatuan penduduk RA di sini ingin juga melaksanakan skim komuniti berpagar dengan penggunaan kad akses automatik, maka mereka hendaklah memohon untuk menukarkan status hakmilik tanah kita daripada jenis individu kepada hakmilik strata.

Ini bermaksud jikalau status tanah kita sudah bertukar kepada jenis hakmilik strata, semua kemudahan dan kerja penyelenggaraan (seperti kutipan sampah, penyelenggaran jalan-jalan, longkang-longkang, lampu jalanan dan kerja-kerja landscaping seperti potong rumput dan sebagainya) tidak akan lagi diuruskan oleh majlis perbandaran MPKLANG.

Tanggungjawab ini akan dilepaskan oleh MPKLANG kepada persatuan penduduk RA untuk diuruskan secara persendirian. Semua penduduk tidak akan menikmati kemudahan ini lagi dan terpaksa membayar untuk menguruskan secara persendirian.

[Syarat ketat yang ditetapkan oleh semua pihak majlis perbandaran di Selangor ialah untuk melindungi dan menjaga hak semua penghuni. Ia juga perlu bagi mencegah kegiatan yang tidak sihat seperti pihak-pihak tertentu atau sindiket yang cuba mengambil kesempatan untuk melaksanakan skim-skim GnG haram mereka. Kita semua mestilah menghormati majlis perbandaran kita.]

Di dalam manual garispanduan MPKLANG (seperti yang disertakan), banyak syarat, keperluan dan perundangan serta akta-akta mengenai komuniti berpagar dan komuniti berpengawal telahpun dijelaskan dengan terperinci dan jelas.

Penghuni yang tidak menyertai skim ini tidak boleh dihalang memasuki kediaman mereka pada bila-bila masa. Untuk maklumat semua, pengawal keselamatan tidak dibenarkan menghalang kenderaan keluar/masuk ke kawasan berkenaan.

Penghuni sebenarnya tidak diwajibkan membayar yuran bulanan kepada Persatuan Penduduk (RA) mereka setiap bulan oleh kerana kawasan perumahan di sini bukan berhakmilik strata dan mereka tidak pernah mendapat persetujuan penduduk 100% pun. Pihak RA tidak boleh paksa atau memberi tekanan kepada sesiapa pun untuk menyertai skim mereka.

Sesiapa yang berasa membayar yuran bulanan "security services" itu sia-sia sahaja dan membebankan, sekarang kamu tahu yang kamu sebenarnya tidak diwajibkan untuk membayar mereka. Kamu cuma hendak pastikan yang kamu bayar cukai taksiran dan cukai pintu kepada MPKLANG sahaja dan bukan kepada pihak lain.

Terdapat banyak persoalan yang timbul mengenai operasi skim komuniti berpagar RA di BBR sebab banyak peruntukan akta, perundangan dan garis panduan tidak diikuti sama sekali. (Sila rujuk kepada lampiran yang tertera - sumber daripada MPKlang). Malahan ia melanggari banyak undang-undang sediada, garis panduan ataupun syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran Klang (MPK), Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Hampir semua Persatuan Penduduk (RA) yang beroperasi di BBR sebenarnya mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan daripada penghuni yang kurang faham atau mengambil tahu tentang hal-hal ini. Ramai penghuni di sini tidak tahu yang mereka tidak perlu bayar yuran keselamatan "security services" setiap bulan kepada pihak RA yang mempunyai agenda tersendiri.

Ini merupakan satu bentuk scam kerana ia cukup mudah untuk mereka menjanakan kekayaan atas nama keselamatan penduduk dengan cara membekalkan pengawal keselamatan persendirian mereka untuk duduk di pondok pengawal sahaja. Terdapat juga laporan-laporan akhbar yang menyatakan bahawa sesetengah pihak RA disyaki didalangi dan dipengaruhi oleh sindiket-sindiket tertentu untuk melaksanakan skim GnG mereka.

Walaupun seluruh kawasan perumahan di sini bukan jenis hakmilik strata, tapi skim komuniti berpagar ini masih berleluasa dan ia telah dilaksanakan dengan begitu giat sekali oleh RA tanpa mengendahkan pihak berkuasa tempatan PBT dan undang-undang.

Mereka juga berjaya memperdayakan penghuni untuk menyertai skim haram mereka. Ada juga penduduk yang disusahkan oleh pengawal kerana tidak mempunyai kad akses. Ini ialah cara mereka beroperasi walaupun pihak PBT telah memberi garis panduan dan amaran bahawa skim ini tidak boleh ada sebarang unsur paksaan ataupun tekanan.

Persatuan Penduduk (RA) yang tidak mengamalkan pematuhan kepada undang-undang ('compliance of law') adalah tidak bertanggungjawab dan semua penghuni di BBR tidak patut memberi sokongan kepada mereka lagi. Semakin ramai penghuni kini sedar bahawa skim-skim berpagar atau berpengawal (di taman-taman perumahan bukan berhakmilik strata) ini merupakan cara yang mudah untuk individu-individu tertentu mengaut untung besar setiap bulan.

Ada ramai penghuni yang tahu juga ini sekadar "scam" untuk mengaut keuntungan bagi sesetengah pihak, tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa. RA yang tidak bertanggungjawab ini sebenarnya mengambil kesempatan untuk menjana kekayaan untuk sendiri atas nama "keselamatan penduduk".

Tolonglah, selagi penghuni di sini sanggup membayar dan menyokong skim ini, pihak MPKLANG tidak akan dapat bertindak. Asalkan penghuni tidak membuat aduan, pihak MPKLANG akan membiarkan sahaja. Tetapi masanya sudah tiba untuk kita (penghuni BBR) bangkit dan tidak lagi menyokong operasi RA di kawasan kita.

Salam sejahtera & Salam Malaysia Baru!

Sumber Rujukan: MPKLANG - manual garis panduan komuniti berpagar & komuniti berpengawal di kawasan MPKlang. (Terima kasih kpd MPKlang!)

Komuniti Berpagar vs Komuniti Rukun Tetangga

Komuniti Berpagar vs Komuniti Rukun Tetangga