*****************
Jabatan Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti (JPJKK) - IPD Klang bahagian URB (Unit Rondaan Bermotor) menjalankan rondaan bersama SRS (Skim Rondaan Sukarela) Klang Selatan... usaha ikhlas yang mendapat pujian penduduk setempat. Usaha ini bukan sahaja harus diperkenalkan ke semua taman perumahan di Klang, malah ia harus diperluaskan ke seluruh negeri Selangor. Di samping menaikkan tahap kesedaran keselamatan komuniti, SRS di bawah KRT (Kawasan Rukun Tetangga) juga dapat memupuk perpaduan di antara masyarakat.
Skim Rondaan Sukarela ini disokong pihak PDRM dan ia adalah lebih baik daripada skim berpagar atau skim berpengawal yang dilaksanakan oleh pihak persatuan penduduk (RA). SRS adalah ikhlas sebab ia tidak melibatkan sebarang bayaran bulanan yang dikenakan ke atas penduduk dan ia tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. SRS ditubuhkan pihak kerajaan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan diiktiraf oleh semua agensi kerajaan.
(Sebenarnya kebanyakan pihak RA yang melaksanakan skim berpagar atau berpengawal dipercayai didalangi sindiket dan mereka mempunyai agenda tersendiri atau mengandungi unsur yang tidak sihat. Matlamat mereka adalah untuk mengaut keuntungan dan sebagainya. Alhamdulillah sekarang lebih ramai penduduk yang sedar akan hakikat ini dan mereka tidak lagi mahu menyokong skim-skim yang dilaksanakan oleh pihak persatuan penduduk).
*******************